Tuesday, February 28, 2012

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Semoga pada hari ini kita lebih baik dari semalam, insyaAllah.
Kali ini ingin berkongsi cerita tentang kelebihan Solat Sunat Dhuha dan kaitannya dengan rezeki kurniaan Allah SWT.
Solat Sunat Dhuha merupakan solat sunat yang didirikan antara waktu selepas terbit matahari sehinggalah melebihi segalah tinggi. Anggaran waktu yang dibolehkan adalah antara jam 8 pagi sehingga 11 pagi. Solat sunat ini boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat dengan 1 salam, dan juga boleh ditambah bilangan rakaatnya asalkan dengan bilangan genap.Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Berkenaan doa…
boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi…

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…


















0 comments: