Tuesday, December 14, 2010

AMALAN DI BULAN MUHARRAM
Baca doa akhir tahun –
Selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah
(Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu)
Baca doa awal tahun -
Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir
bulan Zulhijjah
(Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat)
1 – 10 Muharram adalah disunatkan berpuasa.
16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram
1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram
Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah
sebanyak 7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu” kita
berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air
tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.
2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asyura)
Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10
ribu kali mengerjakan umrah.
3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah
akan mengangkat darjat kita.
4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa.
Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.
6. Menziarahi rumah orang alim.
7. Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam
8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.
9. Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata
10. Menziarahi kaum keluarga
11. Mengerat kuku
12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas
kasihan.
13. Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2) (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak
2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan
mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu.
14. Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.
15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di
dalam syurga.
16. Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali
Fadhilat Bulan MuharramAmalan pada 1 hingga 10 Muharram1. Kelebihan & Amalan pada
Hari Assyuuraa'

2. Amalan
Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akanmemberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hariAssyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hariAssyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapayang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', makaseoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut

Maal Hijrah 1432

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi-Nya ini. Kini kita menyambut tahun baru 1432 Hijrah maka setahun lagi usia kehidupan kita bertambah. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Semoga kehadiran tahun 1432 Hijrah ini memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan demi memartabatkan ketuanan Islam dalam kehidupan kita di dunia menuju akhirat.