Thursday, July 5, 2012

Ya Allah..

Ya, Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;
aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;  aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia, 
 


SALAM NISFU SYAABAN 2012 1433 HIJRAH

SALAM NISFU SYAABAN 2012 1433 HIJRAH

Salam Nisfu Syaaban  semoga mendapat rahmat dari Allah swt di Bulan yang penuh keberkatan ini dan tertutup lah segala buku amalan.

Rasullah bersabda: "Barang sesiapa yang mengingatkan sesama tentang kedatangan bulan ini, maka api neraka diharamkan baginya "mohon maaf zahir & batin..

Selepas maghrib hari ini, bermula la buku catatan kita yang baru, yang lama akan di angkat ke langit oleh malaikat...



Monday, June 11, 2012

Masuk Kelas Semula

Salam....
Pada pagi sabtu@ 9 Jun bertolak ke Seri Iskandar, Perak, hantar anaknda balik ke kolej...
Bermulalah SEM 3 untuk tahun 2012.. setelah hampir 2 bulan bercuti. 
Setelah mendaftar, masuk kolej dan berkemas.. seterusnya kami bermalam di Lumut..  
Bandar Lumut telah banyak perubahannya... kami ronda2 pada pagi Ahad... membelilah mana-mana patut.
Petang ke Seri Iskandar, hantar anaknda ke kolejnya setelah makan dan beli barang-barang keperluannya.
Bertolak balik ke KL...
Alahamdulilah selamat sampai di KL dengan selamatnya.

Tuesday, May 29, 2012

Kelebihan Bulan Rejab

Mari kita sama2 perbanyakkan amal soleh seperti istigfar dan puasa sunat...Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:

  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
AMALAN SEPANJANG REJAB

1. Bersolat
  1. Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
  2. Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Tasbih.
2. Bertaubat
Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga. Dalam Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
  1. diampunkan dosanya yang lalu.
  2. dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
  3. terlepas dari dahaga di hari kiamat.
3. Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.
(a) لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ (Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b) الله ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)
(c) Baca setiap hari 10 kali:
لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ قَبْلَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ بَعْدَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفْنَى كُلُّ اَحَدٍ.
Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah kekal Tuhan kita dan fananya tiap-tiap sesuatu.
4. Bertasbih:
5. Selawat: 10 atau 100 kali.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد.
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhamad saw dan ahli keluarganya.
6. Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
Daku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong dan daku bertaubat kepadaNya.
7. Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh;
رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا.
Ya Tuhanku! Ampunilah daku dan dua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku sewaktu kecil.
8. Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 11 kali setiap hari.
9. Membaca Al-Quran.
Istigfar : Rasulullah saw menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Dan banyakkanlah beristighfar pada Rejab kerana pada setiap saat dalamnya Allah menyelamatkan seorang daripada api neraka.
10. Antara istighfar sepanjang Rejab yang diamalkan baginda ialah Penghulu Istighfar:
Sayyidul Istighfar.
اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّىْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ خَلَقْتَنِىْ وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِىْ فَاغْفِرْلِىْ، فَإِِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ اَنْتَ.
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau

petikan dari: http://www.mamafaiz.com/

Bulan Rejab




Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam.
Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa

Keistimewaan Bulan Rejab digambarkan seperti rangkap-rangkap sya'ir dibawah ini:

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya'ban menycikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dili! ! ! mpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala



Tuesday, May 8, 2012

Kesibukan

Sudah lama tidak mengunjungi Dairi Ana. 
Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhlah kami dari siksa neraka.

Thursday, March 8, 2012

Mutiara Hati 2

Untuk renungan...

Mutiara Hati



Apabila...

Apabila hidupmu hanyut dengan nikmat,sehingga ibadah pun terasa hilang manisnya atau..
Apabila hidupmu terasa sempit tersepit terjerat,
Mungkinkah engkau teralpa, terlupa..akan air mata taubat penyesalanmu pada suatu ketika?








Renungan Ib Bapa

Anak dan Ibu Ayah
1. Mulakan hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan.
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah anda mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda. Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
11. Buatlah sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut ulangtahun kelahirannya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah. Peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu 'real' dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Dalam masa yang sama, mereka akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam dari anda.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Kelak anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka. 20 tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Kain yang putih terpulang kepada anda untuk mewarnakannya.
Semuanya di tangan anda.
Fikir-fikirkanlah.
Nampak mudah tapi bermakna.


p/s petikan dari blog

Antara sifat terpuji

1. Taubat ertinya meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat kerana membesarkan Allah s.w.t.

2. Khauf ertinya takutkan Allah s.w.t, takutkan kemurkaanNya dengan memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah.

3. Zuhud ertinya bersih atau suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta tidak bergantung kepada makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah dari Allah.

4. Sabar ertinya tabah atau cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan.

5. Syukur ertinya menyedari bahawa semua ni'mat yang diperolehinya baik yang lahir mahupun batin semuanya adalah dari Allah dan merasa gembira dengan ni'mat ituserta bertanggungjawab kepada Allah.

6. Ikhlas ertinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan keranatujuan lain.

7. Tawakal ertinya berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.

8. Mahabbah ertinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepadaNya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dan jauhkan dari melakukan maksiat.



Moga ada manfaat.



petikan dan mohon kongsi dari:blog-tazkirah



Jalan-Jalan ke Syurga

Jalan-Jalan ke Syurga

Pada setiap pagi Jumaat, sebelum menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 9 tahun akan berjalan menyusuri jalan di sebuah kota dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu pagi Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnya.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya sudah bersedia"Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa wahai anakku?".
"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi dulu wahai ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah"sambil memeluk dan mencium pipi ayahnya.
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan waktu itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya itu.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun dia gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah tersebut. Apabila sampai sahaja di rumah itu, lantas memberi salam dan ditekannya loceng rumah tersebut. Dia tunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu lalu memberi salam, namun sekali lagi tiada jawapan. Bagai ada sesuatu yang memegang tubuhnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang lelaki dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
"Nak, apa yang pakcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah orang yang paling bertuah".
Dia senyum dan tunduk wajahnya sebagai tanda hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu wahai anak" dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu."
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah lelaki separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ilmu ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan semua, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Isteri saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini."
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila sampai masa saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi terdengar panggilan salam yang amat merdu dari suara anak kecil. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi beserta dengan salam. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada sesiapa pun yang menekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak kecil yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".
"Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik" itulah kata-kata yang paling indah yang pernah saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan yang amat lebat. Saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asalnya. Saya tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang muslim yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang taat pada yang satu DIA adalah ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan tersesat berada selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid waktu itu dalam keadaan kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini adalah Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.


- Artikel iluvislam.com

Tuesday, February 28, 2012

Fikir-fikirkan…

"Allah setiap saat 'memanggil-manggil' kita untuk kembali kepada-Nya. Dengan cara apa saja. Dia, dengan kasih sayang-Nya,terkadang membuat suasana kehidupan seorang anak manusia sedemikian rupa dengan musibah, kesusahan dan kesukaran sehingga kalbunya dibuat-Nya 'menoleh' kepada Allah..Tetapi..teramat sedikit orang yang mendengarkan, atau berusaha mendengarkan, panggilan-Nya ini."

Renungan Pagi Ini..

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat.

Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,

rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

Wanita...

Wanita...

Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki untuk dialasi..

Bukan dari kepala untuk dijunjung..

Tapi dekat dibahu untuk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi..

Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan..

Bahkan sebagai hiasan kecantikan.

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Semoga pada hari ini kita lebih baik dari semalam, insyaAllah.
Kali ini ingin berkongsi cerita tentang kelebihan Solat Sunat Dhuha dan kaitannya dengan rezeki kurniaan Allah SWT.
Solat Sunat Dhuha merupakan solat sunat yang didirikan antara waktu selepas terbit matahari sehinggalah melebihi segalah tinggi. Anggaran waktu yang dibolehkan adalah antara jam 8 pagi sehingga 11 pagi. Solat sunat ini boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat dengan 1 salam, dan juga boleh ditambah bilangan rakaatnya asalkan dengan bilangan genap.Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Berkenaan doa…
boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi…

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…


















Sunday, February 26, 2012

Kembali ke rahmatullah

Al-Fatihah!

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un!

Pagi ini mendapat berita staff lama telah kembali ke rahmatullah!

Sebak dada dan linagan air mata..

tapi yang pergi tetap pergi, kita yang masih hidup perlu muhasabah diri..

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.Amin...

RUMAH YANG DISUKAI MALAIKAT

Rumah bukan sekadar tempat kita berlindung dari panas dan hujan.. Rumah juga bukan sekadar tempat untuk kita berehat melepaskan lelah lenguh, setelah penat bekerja... Rumah juga mesti menjadi tempat yang dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, dan juga menjadi tempat yang disukai oleh malaikat... Mudah-mudahan rumah yang disukai oleh Malaikat akan banyak rahmat, nikmat dan doa dari malaikat untuk kita...Antara rumah yang disukai oleh malaikat ialah:

1. Rumah mereka yang bersuci dan berzikir..
2. Rumah orang yang rukuk dan sujud... ada ruang untuk solat berjemaah..
3. Rumah orang yang bersifat benar dan menunaikan janji..
4. Rumah yang makanannya halal...
5. Rumah yang penghuninya bersilatur rahim..
6. Rumah yang penghuninya berbuat baik terhadap ibu bapa..
7. Rumah suami isteri yang soleh dan solehah..
8. Rumah penghuninya tidak melakukan perkara haram dan munkar..
9. Rumah yang penghuninya mengamalkan salam dan meminta izin..
10. Rumah yang penghuninya bersifat merendah diri dan hormat menghormati..
11. Rumah yang menolak perkara-perkara keji...
12. Rumah yang penuh kasih sayang antara penghuninya....

Jadikanlah rumah kita seperti yang disebutkan... Mudah-mudahan penuh rahmah dan berkah dari Allah SWT......

Wednesday, February 15, 2012

Permohonan Doa

Ya Allah, aku mengharap rahmatmu,
Maka janganlah Engkau pikulkan (bebanku) kepada diri sendiri
Meski hanya sekejap mata, dan perbaikilah keadaanku seluruhnya
Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau
Ya Allah, jadilah kebaikan sebagai akhir dari semua urusan kami
dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan siksa akhirat.
Ya Tuhan kami, terima (permohonan) kami, sesungguhnya
Engkau maha mendengar lagi maha mengetahui
Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia
dan kebaikan di akhirat dan jauhlah kami dari siksa neraka
Wahai zat yang hidup lagi terus menerus mengurus (makluknya)
Wahai dzat yang memilik keagungan dan kemuliaan

Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Mu petunjuk ketakwaan
(pemeliharaan dari segala yang tidak baik) serta kecukupan
Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengampun,
mencintai pengampunan maka ampunilah aku
Wahai zat yang maha hidup, yang memilik keagungan dan kemuliaan
Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada nabi Muhamad segenap keluarga
dan para sahabatnya.

Wednesday, January 4, 2012

Untuk Renungan

Siapakah orang yang sibuk?,
Orang yang sibuk adalah orang mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..







petikan dari blog (dipanjangkan ilmu)

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup Anda dan

cahaya jalan Anda melalui Tahun Baru.

Berharap anda dan keluarga anda selalu selamat dan bahagia. Selamat Tahun Baru 2012.

Jadilah lilin. Jadilah cahaya. Jadilah sinar dalam gelap. Jadilah inspirasi & membuat perbezaan besar dalam hati lain, Selamat Tahun Baru 2012.
Hari ini adalah kesempatan baik untuk berdoa, untuk peduli, mencintai, untuk tersenyum, untuk mengatakan, Selamat Tahun Baru 2012.
JIWA akan sepi tanpa TEMAN.HATI akan mati tanpa IMAN.HARI ini adalah KENYATAAN, SEMALAM adalah KENANGAN, ESOK adalah IMPIAN.

Sucikan HATI, Jernihkan PIKIRAN.

Sambutlah Tahun Baru 2012