Wednesday, December 28, 2011

Percutian Adik Beradik 11

Pada 26 Disember @ 4.00pm bertolak ke Port Dickson, untuk percutian kedua...

Menginap di Glory Beach Resort... tiada apa2 program..cuma berihat dan bersiar-siar..
Menyusur pantai.. dan berihat ditepian kolam... melihat gelagat anak-anak mandi di kolam...

Bertolak ke KL.. Allahamdulilah selamat sampai dengan selamat.

Percutian Adik Beradik I

Pada 25 Disember 2011 @10.00pagi bertolak ke Melaka untuk bercuti bersama-sama adik2 dan keluarga... Perjalanan ke lancar cuma.. masuk ke tol air keroh.. mengalami kesesakan hingga ke bandar Melaka.

Menginap di Resort di Pantai Puteri... pantai indah... angin bertiup kencang...

Tidak sempat untuk singgah untuk merasa belacan dan cencaluk Melaka...

Check in ke Banda Hilir... ke Taman Pahlawan dan menikmati keindah Melaka dengan menaiki Menara Taming Sari...


Berjalan-jalan dan menyusur sungai Melaka... melihat peninggalan sejarah melaka... serta melihat kemeriahan penarik beca membawa penumpang mengelilingi banda hilir.


Sunday, December 4, 2011

Keajaiban solat sunat rawatib iringi solat Fardhu

UMAT Islam diwajibkan mendirikan solat sebanyak lima kali sehari semalam. Selain solat wajib lima waktu, sebagai hamba Allah kita dituntut memperbanyakkan amalan solat sunat khususnya solat rawatib.
Solat rawatib adalah solat sunat sebelum atau selepas solat wajib. Kita diperintahkan mengamalkan solat rawatib atau tathawwu, iaitu solat sunat yang menyertai solat wajib dengan tujuan melengkapkan segala kekurangan yang mungkin terjadi semasa mendirikan solat fardu.
Selain itu, solat sunat itu tersingkap banyak keutamaan yang tidak terdapat pada ibadat yang lain. Kita dapat analoginya seumpama gam yang mampu menampal sesuatu benda yang bocor atau berlubang sehingga kembali menjadi sempurna dan cantik.
Abu Hurairah ada menyertakan sebuah hadis yang bermaksud, ‘Sesungguhnya pertama sekali yang akan dihitung dari amal perbuatan manusia pada Hari Kiamat kelak adalah solat.
Allah S.W.T akan berfirman kepada Malaikat-Nya, “Wahai Malaikat-Ku, periksalah solat hamba-Ku, sudahkah sempurna solatnya atau masih kurang? Apabila didapati sudah cukup sempurna, akan dicatat sempurna. Akan tetapi, apabila didapati kurang sempurna, Allah berfirman, ‘Periksa kembali, apakah hamba-Ku itu memiliki amalan solat sunat (tathawwu)? Apabila didapati bahawa dia memiliki amalan sunat tathawwu (solat sunat), Allah akan berfirman; ‘Cukupkan dan sempurnakan solat fardu hambu-Ku itu oleh solat sunatnya.’ Kemudian, amal perbuatan hamba itu dikira menurut cara seperti ini.’ (Hadis riwayat Abu Daud).
Jelas bahawa mendirikan solat sunat rawatib itu satu amalan sunat penting dan tidak seharusnya diremehkan. Ini tidak, kita hanya tekun melaksanakan solat fardu wajib lima waktu tetapi begitu liat mendirikan solat sunat.
Melaksanakan solat sunat itu digalakkan dilakukan di rumah berbanding di masjid. Menurut Imam An-Nawawi dianjurkan solat sunat di rumah supaya lebih tersembunyi daripada pandangan umum sekali gus dapat mengelakkan timbul rasa riak yang akan membatalkan kebaikan amalan itu.
Hal itu juga adalah untuk menimbulkan cahaya rahmat Allah ke atas ahli keluarga di dalam rumah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila salah seorang di antara kalian sentiasa mengerjakan solat fardu di masjid, hendaklah ia memberikan bahagian di rumahnya dari solatnya, supaya Allah melimpahkan pula kebaikan atas rumah itu.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim).
Demikian juga Rasulullah s.a.w berpesan, “Jadikanlah sebahagian solat kamu dapat dikerjakan di rumah dan jangan kamu menjadikannya seakan kubur sebagai tempat tidur belaka.’ (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim).
Justeru, melalui dua hadis itu, jelas amalan solat sunat begitu ditekankan Rasulullah s.a.w. Dalam kesibukan macam mana sekalipun, berusahalah melakukan sunnah Baginda itu.
Pentingnya solat sunat sehingga Rasulullah s.a.w ada meninggalkan wasiatnya; “Jangan engkau tinggalkan kedua-dua rakaat sunat subuh itu, meskipun engkau dikejar oleh tentera berkuda.’ (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi).
Namun, melihatkan keadaan dunia sekarang seakan manusia tidak pernah cukup waktu untuk mendirikan solat sunat yang hanya sekitar tiga hingga lima minit sahaja! Mengapakah perkara itu terjadi?
Ini kerana jiwa terlalu terpaut dengan tuntutan duniawi sehingga ukhrawi tidakdimantapkan. Satu lagi peringatan Rasulullah terhadap solat sunat khususnya solat sunat subuh.
Aisyah pernah mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Kedua-dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Hadis direkodkan oleh Ahmad, Muslim, at-Tirmidzi dan An-Nasai).
Maksud pesanan Nabi s.a.w lebih baik daripada dunia dan segala isinya itu ialah keberkatan dan ganjaran pahalanya buat pengamal solat sunat subuh itu.
Inilah keajaiban solat sunat dan kita seharusnya merebut pahala dan berusaha menggamit cahaya kebaikan daripada-Nya. Pujuk dan rayu diri dengan meleburkan sikap malas kepada gerak hati yang terdorong untuk mendirikan amalan solat sunat itu.
Imam Ahmad dan Muslim ada meriwayatkan daripada Aisyah yang mengatakan, ‘Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w begitu rajin dan cepatnya mengerjakan sesuatu kebaikan, sebagaimana rajin dan cepatnya Baginda melakukan duarakaat sunat sebelum subuh.’
Marilah sama-sama kita berikhtiar mengajak diri kita, anak-anak dan saudara agar mencintai solat sunat.

(petikan daripada Darul Umum online)

Kelebihan Puasa 9 dan 10 Muharram

Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘AsyuraSesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Berkat Membaca Bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.[]

Kelebihan Berpuasa 10 Muharram dan Peristiwa Yang Terjadi

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".[]

Wednesday, November 30, 2011

Keutamaan Bulan Muharram

Bulan Muharram adalah salah satu dari empat bulan haram atau bulan yang dimuliakan Allah.

Empat bulan tersebut adalah bulan Dzulqa’dah, Dzulhijjah, Muharram dan Rejab.
“Sesungguhnya jumlah bulan di kitabullah (Al Quran) itu ada dua belas bulan sejak Allah menciptakan langit dan bumi, empat di antaranya adalah bulan-bulan haram” (QS. At Taubah: 36)
Kata Muharram artinya “dilarang”. Sebelum datangnya ajaran Islam, bulan Muharram sudah dikenal sebagai bulan suci dan dimuliakan oleh masyarakat Jahiliyah. Pada bilan ini dilarang untuk melakukan hal-hal seperti peperangan dan bentuk persengketaan lainnya. Kemudian ketika Islam datang kemuliaan bulan haram ditetapkan dan dipertahankan sementara tradisi jahiliyah yang lain dihapuskan termasuk kesepakatan tidak berperang. Bulan Muharram memiliki banyak keutamaan, sehingga bulan ini disebut bulan Allah (syahrullah). Beribadah pada bulan haram pahalanya dilipatgandakan dan bermaksiat di bulan ini dosanya dilipatgandakan pula. Pada bulan ini tepatnya, tanggal 10 Muharram Allah menyelamatkan nabi Musa as dan Bani Israil dari kejaran Firaun. Mereka memuliakannya dengan berpuasa. Kemudian Rasulullah SAW menetapkan puasa pada tanggal 10 Muharram sebagai kesyukuran atas pertolongan Allah SWT. Masyarakat Jahiliyah sebelumnya juga berpuasa. Puasa Muharram tadinya hukumnya wajib, kemudian berubah jadi sunnah setelah turun kewajiban puasa Ramadhan.
Rasulullah SAW bersabda: “Dari Ibu Abbas ra, bahwa Nabi SAW, ketika datang ke Madinah, mendapatkan orang Yahudi berpuasa satu hari, yaitu ‘Asyuraa (10 Muharram). Mereka berkata,

“Ini adalah hari yang agung yaitu hari Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan keluarga Firaun. Maka Nabi Musa as berpuasa sebagai bukti syukur kepada Allah SWT. Rasulullah SAW, berkata, “Saya lebih berhak mengikuti Musa as. Daripada mereka.” Maka beliau berpuasa dan memerintahkan (umatnya) untuk berpuasa”. (HR. Bukhari) Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baiknya puasa setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram. Dan sebaik-baiknya ibadah setelah ibadah wajib adalah shalat malam.” (HR Muslim)Walaupun ada kesamaan dalam ibadah, khususnya berpuasa, tetapi Rasulullah SAW. Memerintahkan pada umatnya agar berbeda dengan apa yang dilakukan oleh Yahudi, apalagi oleh orang-orang musyrik. Oleh karana itu beberapa hadits menyarankan agar puasa ‘Asyura diikuti oleh puasa satu hari sebelum atau sesudah puasa hari ‘Asyura.
Secara umum, puasa Muharram dapat dilakukan dengan beberapa pilihan.

Selamat Tahun Baru Islam

Awal Muharram atau dikenali “Maal Hijrah”.

Selamat Tahun Baru kepada semua kaum muslimin. Happy Islamic New Year! Semoga Tahun baru ini kita semua mendapat lebih kerberkatan dan dilimpahi rezeki-rezeki yang halal dari illahi serta mendapat kejayaan yang cemerlang pada tahun ini. Amin.



Pengertian Awal Muharram Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid.
















Thursday, November 3, 2011

Sajian Hari Raya Korban

Rendang Kuah Lodeh

Nasi Impit Kuah Kacang

Lontong

Puding Karemel

Bila nak masak ye...

















Salam Aidiladha

Salam Aidiladha.


Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.semua

Monday, October 31, 2011

Surah Al-Fatihah

***Hendaklah membaca Al-Quran setiap hari kerana:Di dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah baca Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati di atas pihak pembacanya***


Surah Al-Fatihah



  • Penawar segala penyakit

  • Menghilangkan kesakitan

  • Penawar darah gemuruh, was-was dan lain-lain

  • Pembuka Ikatan

  • Penawar sakit mata

  • Penawar sakit telinga

  • Menghilangkan rasa lapar

  • Penyembuh Luka

  • Penerang hati

  • Penawar Angin Ahmar, Stroke dan lain-lain

  • Mendapatkan zuriat, pangkat dan lain-lain

  • Segala hajat

  • Penunduk orang zalim

  • Sakit gigi

  • Penawar Mujarab

  • Pendinding

  • Murah rezeki

  • Selamat dalam perjalanan

  • Kaya

Kata Al-'Arif Billah Syeikh Ahmad Rifa'i








Maha PengasihNya Allah s.w.t.

Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih. Sakit juga anugerah dari Allah s.w.t untuk menghapuskan dosa-dosa silam kita.

Sakit yang dihadapi adalah suatu ujian, untuk mengharungi sisa-sisa hidup.

Tiada penyesalan. Tiada istilah buruk sangka kepada Allah s.w.t.

Thursday, October 20, 2011

Selamat Berangkat Menunaikan Fardhu Haji

Pergi haji adalah berkunjung ke tanah suci, untuk melaksanakan serangkaian amal ibadah sesuai dengan rukun yang telah ditentukan, ibadah haji merupakan rukun Islam kelima yang hukumnya wajib bagi orang Islam yang berakal sehat, telah baligh serta mampu.


“….Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia kepada Allah SWT, yakni bagi orang yang mampu/kuasa mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Q.S. Ali Imran : 97)


Selamat pergi menunaikan fardhu haji kepada Ngah dan Kak khasnya dan kepada muslimin-muslimat semoga-moga mendapat Haji Mabrur, Insya Allah Amin























Sunday, October 9, 2011

Tambah Pendapatan

Setiap orang mempunyai masalah kewangan dan berbagai cara untuk menanganinya.. Cara yang terbaik adalah dengan cara yang diredhai olah Allah swt.

Berniaga adalah cara yang terbaik dan 99 rezeki adalah dari berniaga.


Mulakan berniaga dengan cara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan untuk keluarga.



Thursday, October 6, 2011

Selamat Menduduki PMR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.



Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR pada puteri kesayangan saya Nurul Ainaa juga pada rakan2 seperjuangannya. Semoga anak2 semua di berikan ketenangan semasa menjawab soalan peperiksaan, di berikan kesihatan yg baik sepanjang peperiksaan, di permudahkan semasa menjawab soalan peperiksaan dan semoga jawapan yg di berikan bertepatan dengan kehendak soalan serta berjaya dengan cemerlang. Aminn..ya rabbal aalaminnn...



Buatlah yg terbaik, moga usahamu selama ini di berkati dan mendapat keredhaan Allah swt. Jangan lupa tawakkal pada Allah setelah selesai semuanya. Emak aan ayah sentiasa mendoakan yg terbaik buat anakku Nurul Ainaa juga rakan2 seperjuanganmu.



Di sini saya ingin kongsikan bersama Amalan2 yg baik yg boleh di amalkan sepanjang anak2 menduduki peperiksaan supaya dlm keadaan tenang.



Sekurang2nya kita berusaha supaya anak dan ibubapa sama2 berasa tenang sepanjang peperiksaan di jalankan





*********************************


KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.





Thursday, August 25, 2011

Kenangan Lalu

Kenangan menyambut Syawal bersama ibu dan ayah masih terasa

Terasa terlalu rindu pada mereka

Ya Allah Kau ampunilah mereka

Dan Kau tempatkan lah mereka bersama-sama orang yang beriman

Amin

Diakhir Ramadhan

Masya Allah diakhir ramadhan aku diuji dengan kepayahan..

Aku redha dan terima seikhlasnya... Allahamdulilah

Hanya Dia yang mengetahui disebalik yang terjadi.... Insya Allah

Ya Allah, Kau terima doa ku

Amin









Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa 1432H


AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN



Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Marilah kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan, dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.



Bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana telah melanjutkan usia kita dan memberikan kita peluang untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun ini sehingga kita dapat menunaikan ibadat puasa.


Sesungguhnya ibadat puasa itu mempunyai banyak hikmat dan kelebihan-kelebihan, baik dari segi rohani mahupun jasmani atau pun kemasyarakatan. Oleh yang demikian, melihat kepada kelebihan yang ada di bulan tersebut, maka sewajarnyalah kita mengambil kesempatan ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan soleh serta meningkatkan lagi ibadat kita kepada Allah Subhanahu Wataala ke tahap yang lebih tinggi agar kita memperolehi ganjaran dan kelebihan bulan tersebut.



Dalam kita menghayati bulan Ramadhan ini, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah contoh terbaik untuk diikuti di mana Baginda memberikan kita bimbingan dan panduan dalam apa jua perkara untuk kebaikan di bulan Ramadhan contohnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada bulan Ramadhan memperbanyakkan membaca ayat suci Al-Quran, kerana ganjaran bagi orang yang membaca Al-Quran itu banyak sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadith Baginda antaranya ialah:-
Maksudnya :


Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu berkata :


Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :


tiada berkumpul sesuatu kaum di suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mentadaruskannya di antara mereka, melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dinaungilah mereka oleh rahmatnya, dilindungilah mereka oleh malaikat dan Allah menyebut mereka bersama-sama dengan orang yang ada di sisinya. (Riwayat Al-Imam Muslim).



Dalam kita membaca ayat-ayat suci Al-Quran, perlulah juga kita ketahui bahawa ketika membaca Al-Quran itu perlulah dengan adab dan tatacara yang telah ditentukan, iaitu membacanya dengan penuh penghayatan, dengan bertajuid dan sebutan yang betul dan adalah lebih elok juga dibaca tafsir ayat-ayat tersebut, agar kita memahami maksud apa yang kita baca dan seterusnya kita akan dapat menghayati dan mengamalkannya.



Ahli Jumaat yang dirahmati Allah,Selain daripada galakan untuk memperbanyakkan membaca kitab suci Al-Quran di bulan Ramadhan, kita juga digalakkan untuk mengerjakan sembahyang sunat tarawih. Kerana sembanyang sunat tarawih itu hanya dapat kita kerjakan di bulan Ramadhan dan tidak pada bulan-bulan lain.




Sesungguhnya Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, pada setiap malan bulan Ramadhan mengerjakan sembahyang sunat tarawih. Itulah juga kelaziman yang dilakukan oleh orang kita Brunei pada sepanjang bulan Ramadhan. Mudah-mudahan amalan itu berterusan dan akan menerima ganjaran yang dijanjikan sebagaimana hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :-



Maksudnya : Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu ia berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa berqiam di bulan Ramadhan (mengerjakan solat qiam iaitu solat tarawih) kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan pahala dan ampunan serta keredhaannya, nescaya diampunilah dosanya yang telah lalu. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).



Di samping amalan-amalan tersebut, amalan bersedekah juga adalah suatu perbuatan yang sangat mulia samada ia dilakukan di bulan lain apatah lagi jika ianya dikerjakan di bulan Ramadhan, kerana perbuatan tersebut menunjukkan rasa simpati kita terhadap mereka yang memerlukan khususnya orang-orang miskin dan anak-anak yatim yang sangat-sangat memerlukan bantuan kita. Dan itulah juga tanda syukur kita kepada Allah Subhanahu Wataala di atas limpah rezeki yang dianugerahkan kepada kita.




Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :-
Maksudnya : Dari Ubaidillah bin Abdillah bin ‘Utbah sesungguhnya Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma berkata : Adalah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam orang yang paling pemurah, dan baginda paling pemurah di bulan Ramadhan. (Riwayat Al-Imam Bukhari).



Jika kita amat-amati perbuatan bersedekah itu, ia mempunyai hikmat yang besar yang berperanan merapatkan hubungan silaturrahim dan boleh menghindarkan kita daripada perasaan sombong. Bersedekah juga boleh menimbulkan rasa ingin membantu saudara kita sesama Islam yang memerlukan pertolongan.




Perlu kita sedari bahawa dengan hanya memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa biar pun hanya sekadar makanan yang ringan, itu pun sudah merupakan sedekah dan inilah satu cara terbaik untuk kita lakukan pada bulan Ramadhan.


Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :-


Maksudnya : Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani ia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa memberikan makan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, nescaya dia memperolehi pahala sebagaimana yang diperolehi oleh orang yang berpuasa itu dengan tidak kurang sedikit pun. (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).



Muslimin yang dirahmati Allah,Sebagaimana yang kita maklum, Ramadhan adalah bulan rahmat, maka rebutlah peluang ini dengan memperbanyakkan amal ibadat dan amal kebajikan. Kita berdoa semoga kita beroleh ganjaran pahala dan merasakan betapa nikmatnya berpuasa itu.



Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Baqarah, ayat 187 :- Tafsirnya :Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).

Wednesday, June 1, 2011

UITM Seri Iskandar, Perak



Syukur Allahamdulilah, kepada Mu Ilahi, Kau telah mengizikan puteri ku melangkah ke menara gading. Pada tanggal 20 Mei 2011 kami sekeluarga berangkat ke Seri Iskandar, Perak, untuk menghantar puteriku, memulakan pengajiannya...

Gembira bercampur sedih dan hiba dikala melangkah masuk ke Seri Iskandar, tapi aku berasa bahgia kerana hasrat untuk melihat puteriku berjaya hampir tercapai..

Pada puteri kesayangan, ingatlah pesanan dan hendaklah pahatkan dihati, ingatlah segala pesanan ayahanda dan bonda.. jangan dilupakan.




















Sunday, April 24, 2011





Hari ini menyelaraskan bengkel di pejabat...

Ramai yang datang... Seperti biasa uruskan jadual bengkel, makan dan minum

dan juga sijil bagi setiap peserta...
















Dah lama...


Dah lama tak update Diari Ana..

sibuk..

tak tau apa yang sibuk!

Thursday, February 10, 2011

Mengapa wanita menangis?

Mengapa wanita menangis?’
Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi saya yang berjaya dirungkai kan oleh
Dato’Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV.
Saya ingin berkongsi dan highlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu.
Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.
Punca wanita menangis.

Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata) Mengurangkan stress. Tanda keinsafan/penyesalan. Sebagai ugutan emosi.Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk. Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3

Kesan tangisan.

Dapat perhatian. Suasana rumah tangga tergugat. Lelaki jadi bingung. Orang lain dapat mesej. Mata bersih dan sihat.

The world stops at the moment when women cry.Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.

Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:

Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi

  • Selalu berdoa kepada Allah.
  • Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
  • Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.

Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)

Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis.

So, control your voice projection!

Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengantindakan yang positif juga.

Source: Mujahidah Muslimah

Sunday, January 30, 2011

Keajaiban Selawat

Selalu kita dengar – di ceramah-ceramah agama (bukan ceramah politik), di kaca TV selepas subuh, di radio (terutama IKIM) – mengingatkan kita tentang betapa pentingnya selawat. Penceramah sendiri pun selalu berselawat ketika hendak memulakan dan mengakhiri ceramahnya. Begitu juga dengan guru agama – berselawat di permulaan dan penghujung sesi pengajarannya.


Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.


  1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

  2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

  3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

  4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

  5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

  6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

  7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

  8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

  9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

  10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

  11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

  12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

  13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

  14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

  15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

    Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

  16. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

  17. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

  18. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

  19. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

  20. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

  21. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

  22. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

  23. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

  24. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

  25. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

  26. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

  27. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

  28. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.

  29. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

Wallahu a’lam.

Kategori: Rujukan, Tazkirah

Thursday, January 27, 2011

Syukur, Allahamdulilah

Syukur, Allahamdulilah, kepadaMu Allah,
yang telah memberikan kesihatan yang baik sempena ulang tahun kelahiran...

Ya Allah...
Jadilah pasangan kami, pembantu dan pendorong kami dalam melalakukan ketaatan kepadaMu,
Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga FirdausMu..
Tunjukilah kami jalan keluar,
Tarhadap masalah-masalah yang sedang kami hadapi
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu
Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia...

Ya Allah
Jadilah anak-anak kami zurian yang soleh..
Lembutkanlah hati-hati mereka,
Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka,
Ampunilah dosa kami ke atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenaiMu,
Jauhkanlah mereka dari pengaruh-pengaruh yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka,
Juhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat..
Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka,
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa rajin menunaikan solat,
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menutup aurat,
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepadaMu,
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur nanti...

Amin... amin...