Sunday, July 25, 2010

Tempahan Biskut Raya


Salam

Tuan, puan dan rakan-rakan,

Insya Allah, Ogos ini kita akan mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Seterusnya menyambut Syawal pada bulan September 2010.

Sekiranya, tuan, puan & rakan-rakan berminat untuk mendapatkan kuih raya atau pendapatan sampingan dengan menjual kuih raya, kami merupakan pembekal kuih raya ‘homemade’. Produk kami telah dipasarkan di Malaysia, dan Singapura. Beroperasi selama lebih 5 tahun dan produk yang dihasilkan merupakan kuih-muih tradisional dan moden. Produk kami mementingkan kualiti dan bahan-bahannya fresh, dijamin halal serta dibuat oleh bumiputera Islam.

Berikut merupakan senarai harga terkini untuk tahun 2010. Uniknya kami sentiasa memberi harga borong kepada pembeli/ejen kami.

1. Tart Gulung =RM20.00
2. Chocolate Milks =RM20.00
3. Samprit Susu =RM18.00
4. Samprit Milo =RM18.00
5. Almond Cookies =RM18.00
6. Mix Chips =RM18.00


*Kuantiti kuih sebalang 55++ pcs

Hamper Hari Raya Aidilfitri


Menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, pemberian buah tangan dalam bentuk hamper kepada seseorang yang diingati pasti menjadi pilihan.

Budaya tersebut semakin berkembang di kalangan agensi atau syarikat yang setiap tahun tidak pernah lupa untuk menghantar bungkusan istimewa kepada pihak-pihak yang telah membantu mereka.

Tidak terkecuali individu yang menyerahkan bingkisan menarik itu kepada seseorang yang dekat di hati.

Tujuan sesuatu pemberian hadiah adalah sebagai tanda ingatan buat penerima dan bagi penerima pula, pasti dia akan berasa lebih dihargai apabila buah tangan yang diterimanya cantik dan boleh disimpan serta dijadikan kotak hiasan di rumah.

Melihat hasil kreativitinya melalui hamper yang dihasilkan, apa yang istimewa mengenai kesemua koleksi hamper yang dihasilkannya menggunakan biskut buatan sendiri.

Selain itu, penggunaan kotak-kotak khas serta bakul yang ringkas dan cantik memberi cukup ruang kepada pelanggan sebagai cenderahati sempena Aidilfitri nanti.

Kami menawarkan harga berpatutan iaitu serendah RM50 sehingga RM200.00 untuk tempahan sila email ke msitirahana@yahoo.com.my

Antara Jenis Hamper Yang Disediakan:
Pilihan 3 jenis Kuih Moden -Almond Cookies, Samprit Susu/Milo, Mix Chips, Chocolate Milks, Tart Nenas,
Dan percuma kuih raya tradisi Rempeyek/Kuih Ros/meruku
RM 110.00

Pilihan 3 jenis Kuih Moden -Almond Cookies, Samprit Susu/Milo, Mix Chips, Chocolate Milks, Tart Nenas,
Dan percuma kuih raya tradisi Rempeyek/Kuih Ros/Meruku
RM 100.00



Pilihan 2 jenis Kuih Moden - Almond Cookies, Samprit Susu/Milo, Mix Chips, Chocolate Milks, Tart Nenas,
Dan percuma kuih raya tradisi Rempeyek/Kuih Ros/Meruku
RM 70.00

Terima kasih.....















Thursday, July 22, 2010

Perlbagai Resepi

Bila menjelangnya bulan ramadhan... maka perlbagai resepi untuk dicuba...
untuk berbuka dan bersahor...


(1) Mi Rebus

100 gm udang basah
Sedikit taugeSedikit daun bawang
1 biji cili merah1 keping tauhu goreng
* daun bawang, cili merah dan tauhu goreng dihiris.
1 biji telur rebus1 biji limau kasturi
Sedikit bawang goreng, minyak masak, garam, gula pasir & air secukupnya.

Bahan kuah

1 biji keledek – direbus & dilecek1 sudu besar cili kisar200 gm udang kering – ditumbuk2 paket serbuk kari
daging2 ulas bawang putih1 batang serai Sedikit halia * bawang putih, serai & halia ditumbuk

(A)
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan (A).
2. Apabila garing, masukkan udang kering dan
serbuk kari daging. Masak hingga keluar minyak.
3. Kemudian masukkan air, secukupnya, udang basah, keledek, garam dan gula pasir. Biarkan mendidih.
4. Cara menghidang; masukkan mi dalam mangkuk. Bubuhkan sedikit tauge, tauhu goreng, cili merah, daun
bawang, telur rebus dan limau kasturi.
5. Tuangkan kuah panas hingga penuh

(2) Masak Lemak Ikan Masin

6 keping ikan talang masin
1 biji kelapa - ambil santan10 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering2 sm lengkuas3 sm kunyit hidup* bawang merah, cili kering, lengkuas dan kunyit hidup
dikisar
(A)Sedikit nanas - dihiris1 batang serai – diketuk

Cara membuat
1. Satukan santan, serai, bahan (A), dan ikan masin dalam periuk.
2. Apabila mendidih, masukkan nanas.
3. Setelah kuahnya pekat, masukkan garam dan asam keping. Masak hingga mendidih.

(3) Ikan Tiga Rasa

Bahan-Bahan
1 ekor Ikan Kerapu
cili padi - di hiris kasar
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang kecil - dirajang
2 ulas bawang utih - dirajang
sedikit oyster sauce, fish sauce
sedikit minyak bijan
1 senduk kecil lemon paste
sedikit daun ketumbar atau daun pudina
sedikit tepung jagung
air dan garam secukupnya

Cara-cara
Ikan dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan garam dan digoreng setengah garing dan diangkat.
Tumis bawang putih, bawang kecil, cili padi dan bawang besar hingga layu dengan minyak bekas ikan tadi dan sedikit minyak bijan. Setelah layu, masukkan sedikit fish sauce, oyster sauce dan lemon paste, dikacau rata dan masukkan sedikit air (jika ingin lebih berkuah, lebihkan air).
Setelah mendidih, tuangkan campuran tepung jagung dan air dan di kacau hingga pekat.
Masukkan daun ketumbar atau daun pudina dan segera diangkat. Tuangkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan ketika panas.


(4) Talang Keladi

Bahan-bahan bahagian bawah
1 cawan tepung beras½ cawan sisi keladi Cina, potong dadu dan rebus ¾ masak
5 cawan santan cair aram secukup rasa
Bahan-bahan bahagian atas
1 cawan gula Melaka dihiris halus
7 biji telur ayam
1 biji kelapa dijadikan 3 cawan santan pekat
½ cawan gula pasir
½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
Sedikit pewarna coklat
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Keladi dibuang kulitnya potong dadu direbus jangan terlalu empuk, angkat dan toskan
2. Tepung beras digaul bersama santan cair dan garam secukup rasa.
3. Panaskan kukus. Sapukan loyang dengan minyak, masukkan potongan keladi rebus dan tuangkan adunan
tepung beras. Kukus sehingga separuh masak4. Membuat bahagian atas. Tepung gandum, tepung beras,
garam digaul dengan santan. Kisar halus dan tapis. Masukkan gula melaka, gula pasir dan pewarna coklat
dan gaul rata. Tuang atas bahagian bawah, kukus hingga masak.





(5) Talang Berlauk

1 kampit tepung beras
1 biji kelapa diparut, jadikan
8 cawan santan
100 gram daging direbus dan cincang halus.
3 sudu besar udang kering atau udang basah (kisar halus).
Garam secukup rasa
Lada hijau dan merah, potong halus untuk hiasan
Bawang goreng

Cara membuatnya :
1. Tepung beras dibancuh dengan santan hingga sebati setelah itu masukkan udang, daging, garam.
2. Masukan adunan ini kedalam loyang acuan
3. Kukus dalam kukus yg telah dipanaskan selama 20-30 minit
4. Setelah masak sejukkan dahulu baru taburkan bawang goring dan lada potong
5. Siap untuk dihidangkan