Tuesday, December 14, 2010

AMALAN DI BULAN MUHARRAM
Baca doa akhir tahun –
Selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah
(Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu)
Baca doa awal tahun -
Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir
bulan Zulhijjah
(Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat)
1 – 10 Muharram adalah disunatkan berpuasa.
16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram
1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram
Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah
sebanyak 7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu” kita
berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air
tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.
2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asyura)
Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10
ribu kali mengerjakan umrah.
3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah
akan mengangkat darjat kita.
4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa.
Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.
6. Menziarahi rumah orang alim.
7. Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam
8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.
9. Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata
10. Menziarahi kaum keluarga
11. Mengerat kuku
12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas
kasihan.
13. Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2) (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak
2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan
mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu.
14. Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.
15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di
dalam syurga.
16. Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali
Fadhilat Bulan MuharramAmalan pada 1 hingga 10 Muharram1. Kelebihan & Amalan pada
Hari Assyuuraa'

2. Amalan
Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akanmemberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hariAssyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hariAssyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapayang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', makaseoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut

Maal Hijrah 1432

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi-Nya ini. Kini kita menyambut tahun baru 1432 Hijrah maka setahun lagi usia kehidupan kita bertambah. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Semoga kehadiran tahun 1432 Hijrah ini memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan demi memartabatkan ketuanan Islam dalam kehidupan kita di dunia menuju akhirat.

Thursday, August 12, 2010

Doa sewaktu bersujud & keistimewaannya





Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.





Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.



"Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti.



Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.





"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.








"Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.





Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.



Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.





Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-





"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat



"Mendengar itu para sahabat bertanya:



"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"



Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"



Sahabat Menjawab: "Bahkan !



" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih(berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!






"KEISTIMEWAANNYA



Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud.





Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Sunday, August 1, 2010

Assalaamu’alaikum w.b.t…..


Kali ini saya mahu berkongsi pengetahuan mengenai beberapa faedah puasa dan kebaikannya dalam menjaga kesihatan manusia dan menghindarkan penyakit. Sebagaimana kita tahu, terlalu banyak kematian sekarang ini kerana penyakit dan ramai di kalangan mereka mati ketika di usia muda lagi. Antara pembunuh2 utama seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya berpunca kebanyakannya dari pemakanan kita sendiri. Sesuailah dengan hadith nabi yang bermaksud , “perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“.
Semua perintah Allah S.W.T yang Dia syariatkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat , begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah S.W.T pasti kerana adanya kemudharatan dan bahaya bagi hambaNya, baik bahaya di dunia mahupun di akhirat. Baik difahami mahu pun tidak, baik di sedari ataupun tidak pasti kerana bahayanya. Semua perintah dan larangan Allah S.W.T ada HIKMAHnya.

Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan kita jalani, pasti mengandungi manfaat dan faedah yang tersendiri. Walaupun masih ada lagi orang yang kalah dengan nafsunya beranggapan bahawa puasa itu hanya sebagai beban yang memberatkan, atau hanya ujian keimanan dari Allah , atau hanya sekadar suatu amalan ibadah yang berhak dihargai dengan suatu balasan dan pahala, atau hanya sekadar untuk latihan pengekangan nafsu atau hanya sekadar untuk mengangkat manusia dari darjat haiwan.
Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disuruh di dalam Islam. Ada agama yang berpuasa tetapi bukan menahan lapar dengan tidak makan , tetapi hanya makan dan minum dalam bilangan yang lebih sedikit dari biasa. Itu masih tetap tidak relevan untuk dipanggil puasa, dan tiada hikmahnya pun. Kerana puasa yang berhikmah adalah puasa dengan tidak makan dari pagi hingga ke maghrib, dengan merehatkan perut dari bekerja sepanjang tahun.

Sunday, July 25, 2010

Tempahan Biskut Raya


Salam

Tuan, puan dan rakan-rakan,

Insya Allah, Ogos ini kita akan mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Seterusnya menyambut Syawal pada bulan September 2010.

Sekiranya, tuan, puan & rakan-rakan berminat untuk mendapatkan kuih raya atau pendapatan sampingan dengan menjual kuih raya, kami merupakan pembekal kuih raya ‘homemade’. Produk kami telah dipasarkan di Malaysia, dan Singapura. Beroperasi selama lebih 5 tahun dan produk yang dihasilkan merupakan kuih-muih tradisional dan moden. Produk kami mementingkan kualiti dan bahan-bahannya fresh, dijamin halal serta dibuat oleh bumiputera Islam.

Berikut merupakan senarai harga terkini untuk tahun 2010. Uniknya kami sentiasa memberi harga borong kepada pembeli/ejen kami.

1. Tart Gulung =RM20.00
2. Chocolate Milks =RM20.00
3. Samprit Susu =RM18.00
4. Samprit Milo =RM18.00
5. Almond Cookies =RM18.00
6. Mix Chips =RM18.00


*Kuantiti kuih sebalang 55++ pcs

Hamper Hari Raya Aidilfitri


Menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, pemberian buah tangan dalam bentuk hamper kepada seseorang yang diingati pasti menjadi pilihan.

Budaya tersebut semakin berkembang di kalangan agensi atau syarikat yang setiap tahun tidak pernah lupa untuk menghantar bungkusan istimewa kepada pihak-pihak yang telah membantu mereka.

Tidak terkecuali individu yang menyerahkan bingkisan menarik itu kepada seseorang yang dekat di hati.

Tujuan sesuatu pemberian hadiah adalah sebagai tanda ingatan buat penerima dan bagi penerima pula, pasti dia akan berasa lebih dihargai apabila buah tangan yang diterimanya cantik dan boleh disimpan serta dijadikan kotak hiasan di rumah.

Melihat hasil kreativitinya melalui hamper yang dihasilkan, apa yang istimewa mengenai kesemua koleksi hamper yang dihasilkannya menggunakan biskut buatan sendiri.

Selain itu, penggunaan kotak-kotak khas serta bakul yang ringkas dan cantik memberi cukup ruang kepada pelanggan sebagai cenderahati sempena Aidilfitri nanti.

Kami menawarkan harga berpatutan iaitu serendah RM50 sehingga RM200.00 untuk tempahan sila email ke msitirahana@yahoo.com.my

Antara Jenis Hamper Yang Disediakan:
Pilihan 3 jenis Kuih Moden -Almond Cookies, Samprit Susu/Milo, Mix Chips, Chocolate Milks, Tart Nenas,
Dan percuma kuih raya tradisi Rempeyek/Kuih Ros/meruku
RM 110.00

Pilihan 3 jenis Kuih Moden -Almond Cookies, Samprit Susu/Milo, Mix Chips, Chocolate Milks, Tart Nenas,
Dan percuma kuih raya tradisi Rempeyek/Kuih Ros/Meruku
RM 100.00



Pilihan 2 jenis Kuih Moden - Almond Cookies, Samprit Susu/Milo, Mix Chips, Chocolate Milks, Tart Nenas,
Dan percuma kuih raya tradisi Rempeyek/Kuih Ros/Meruku
RM 70.00

Terima kasih.....















Thursday, July 22, 2010

Perlbagai Resepi

Bila menjelangnya bulan ramadhan... maka perlbagai resepi untuk dicuba...
untuk berbuka dan bersahor...


(1) Mi Rebus

100 gm udang basah
Sedikit taugeSedikit daun bawang
1 biji cili merah1 keping tauhu goreng
* daun bawang, cili merah dan tauhu goreng dihiris.
1 biji telur rebus1 biji limau kasturi
Sedikit bawang goreng, minyak masak, garam, gula pasir & air secukupnya.

Bahan kuah

1 biji keledek – direbus & dilecek1 sudu besar cili kisar200 gm udang kering – ditumbuk2 paket serbuk kari
daging2 ulas bawang putih1 batang serai Sedikit halia * bawang putih, serai & halia ditumbuk

(A)
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan (A).
2. Apabila garing, masukkan udang kering dan
serbuk kari daging. Masak hingga keluar minyak.
3. Kemudian masukkan air, secukupnya, udang basah, keledek, garam dan gula pasir. Biarkan mendidih.
4. Cara menghidang; masukkan mi dalam mangkuk. Bubuhkan sedikit tauge, tauhu goreng, cili merah, daun
bawang, telur rebus dan limau kasturi.
5. Tuangkan kuah panas hingga penuh

(2) Masak Lemak Ikan Masin

6 keping ikan talang masin
1 biji kelapa - ambil santan10 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering2 sm lengkuas3 sm kunyit hidup* bawang merah, cili kering, lengkuas dan kunyit hidup
dikisar
(A)Sedikit nanas - dihiris1 batang serai – diketuk

Cara membuat
1. Satukan santan, serai, bahan (A), dan ikan masin dalam periuk.
2. Apabila mendidih, masukkan nanas.
3. Setelah kuahnya pekat, masukkan garam dan asam keping. Masak hingga mendidih.

(3) Ikan Tiga Rasa

Bahan-Bahan
1 ekor Ikan Kerapu
cili padi - di hiris kasar
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang kecil - dirajang
2 ulas bawang utih - dirajang
sedikit oyster sauce, fish sauce
sedikit minyak bijan
1 senduk kecil lemon paste
sedikit daun ketumbar atau daun pudina
sedikit tepung jagung
air dan garam secukupnya

Cara-cara
Ikan dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan garam dan digoreng setengah garing dan diangkat.
Tumis bawang putih, bawang kecil, cili padi dan bawang besar hingga layu dengan minyak bekas ikan tadi dan sedikit minyak bijan. Setelah layu, masukkan sedikit fish sauce, oyster sauce dan lemon paste, dikacau rata dan masukkan sedikit air (jika ingin lebih berkuah, lebihkan air).
Setelah mendidih, tuangkan campuran tepung jagung dan air dan di kacau hingga pekat.
Masukkan daun ketumbar atau daun pudina dan segera diangkat. Tuangkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan ketika panas.


(4) Talang Keladi

Bahan-bahan bahagian bawah
1 cawan tepung beras½ cawan sisi keladi Cina, potong dadu dan rebus ¾ masak
5 cawan santan cair aram secukup rasa
Bahan-bahan bahagian atas
1 cawan gula Melaka dihiris halus
7 biji telur ayam
1 biji kelapa dijadikan 3 cawan santan pekat
½ cawan gula pasir
½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
Sedikit pewarna coklat
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Keladi dibuang kulitnya potong dadu direbus jangan terlalu empuk, angkat dan toskan
2. Tepung beras digaul bersama santan cair dan garam secukup rasa.
3. Panaskan kukus. Sapukan loyang dengan minyak, masukkan potongan keladi rebus dan tuangkan adunan
tepung beras. Kukus sehingga separuh masak4. Membuat bahagian atas. Tepung gandum, tepung beras,
garam digaul dengan santan. Kisar halus dan tapis. Masukkan gula melaka, gula pasir dan pewarna coklat
dan gaul rata. Tuang atas bahagian bawah, kukus hingga masak.





(5) Talang Berlauk

1 kampit tepung beras
1 biji kelapa diparut, jadikan
8 cawan santan
100 gram daging direbus dan cincang halus.
3 sudu besar udang kering atau udang basah (kisar halus).
Garam secukup rasa
Lada hijau dan merah, potong halus untuk hiasan
Bawang goreng

Cara membuatnya :
1. Tepung beras dibancuh dengan santan hingga sebati setelah itu masukkan udang, daging, garam.
2. Masukan adunan ini kedalam loyang acuan
3. Kukus dalam kukus yg telah dipanaskan selama 20-30 minit
4. Setelah masak sejukkan dahulu baru taburkan bawang goring dan lada potong
5. Siap untuk dihidangkan





Tuesday, May 18, 2010

Pesanan Bestari

Pesan Bestari :

Kalau kamu menjadi pohon kayu, jadilah pohon kayu yang tumbuh gagah di rimba, di mana hidupnya sentiasa bersaing dan berjuang dengan pohon-pohon lain untuk mendapat tempat yang kukuh dan terjamin… sebaliknya janganlah menjadi pohon bunga yang ditanam di dalam pasu yang sentiasa mengharapkan supaya sentiasa disiram dan dibajai. Jika tidak, ia akan menjadi layu dan seterusnya akan mati. Kalau kita ingin menjadi rumput, biarlah menjadi rumput yang boleh menghiasi sebatang jalan yang indah. Kalau kita menjadi sekuntum bunga, biarlah dapat menghiasi sanggul gadis remaja. Kalau ingin menjadi sebutir bintang, jadilah sebutir bintang timur yang boleh menentu arah perjalanan.
(ZAABA)

Lapan Hadiah Terbaik

Setiap manusia sering memberi dan menerima hadiah. Akan tetapi kadang kala kita sering terlupa apakah bentuk hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada mereka yang layak menerimanya.
Lapan (8) Hadiah Terbaik :

1. Hadiah terbaik kepada kawan - Kesetiaan

2. Hadiah terbaik kepada musuh - Kemaafan

3. Hadiah terbaik kepada ketua - Khidmat

4. Hadiah terbaik kepada yang muda - Contoh terbaik

5. Hadiah terbaik kepada yang tua - Hargai budi mereka

6. Hadiah terbaik kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

7. Hadiah terbaik kepada manusia – Kebebasan

8. Hadiah terbaik kepada ibu bapa – Doakan keampunan mereka

10 Perkara Misti Difikirkan

Akal fikiran merupakan nikmat pemberian Ilahi bagi membantu kita untuk mengetahui dan mengakui akan kekuasan, kebijaksaaan, ilmu, seni dan sifat Allah.
Di sini dituliskan sebanyak sepuluh perkara MESTI difikirkan:-
1. Berfikir penciptaan diri sindiri
2. Pencipta alam semesta
3. Kehidupan dunia yang tidak kekal
4. Anugerah yang telah diterima
5. Penciptaan makluk lain untuk manusia
6. Kejadian diri manusia
7. Tentang budi pekerti mulia
8. Akhirat, hari kiamat dan hari berhisab
9. Makluk hidup yang diciptakan Allah
10. Isi kandungan Al-Quran

PENAWAR KEPADA PENYAKIT HATI

يَأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُمْ مَّوْعِظَةٌ مِّنْ رَّ بِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُوْر ِوَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ


Maksudnya: “ Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Qur’an yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman”.
(Surah Yunus : 57)

Ulasan Ayat :

1) Ayat ini menyatakan tentang kelebihan Al-Qur’an yang di dalamnya terkandung segala penawar bagi segala penyakit hati.2) Di antara penyakit hati yang sering melanda umat manusia ialah dengki antara satu sama lain, riak, takabbur, benci dengan kelebihan orang lain dan sebagainya.3) Bagi membersihkan hati daripada penyakit-penyakit ini, biasakan membaca serta memahami isi Al-Qur’an. Mudah-mudahan ia mampu menjadi penawar dan penyembuh kepada hati yang sudah rosak.4) Selain itu, Al-Qur’an juga menjadi petunjuk dan pedoman buat manusia serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.


Wallahua’lam.

Sunday, February 7, 2010

Hanya pada Mu ku memohon


Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik `Arasy yang agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan Tuhan pemilik `Arasy yang mulia. Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri, tiada Tuhan selain Engkau; dengan rahmatMu, aku memohon pertolongan.Ya Allah, hanya rahmatMu yang kuharapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih-sayangMu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku, tiada Tuhan selain Engkau.Aku memohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri; dan aku bertaubat kepadaNya.Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang telah berbuat zalim.Ya Allah, sesungguh aku adalah hambaMu dan anak dari hamba lelaki dan hamba perempuanMu. Hidupku dan matiku di tanganMu. Telah berlalu qadhaMu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku. Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki, yang dengannya Engkau namakan diriMu sendiri, yang Engkau cantumkan dalam kitabMu, yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhlukMu (NabiMu), atau dengan semua namaMu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada di sisiMu, agar kiranya Engkau berkenan menjadikan al-Quran sesuatu yang rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihanku dan pengusir kecemasanku.Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut, dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang (jahat).

A.Y : Cukuplah Allah sebagai pelindung dan Dia adalah sebaik-baik pelindung...

Sunday, January 31, 2010

Happy New Year 2010

Happy New Year 2010


Syukur 2010 sudah bermula.. macam biasa la, bila tahun baru menjelma, macam-macam azam baru diucapkan. huh.. bila sudah di pertengahan tahun, azam baru entah kemana.. haha.. apa-apa pun tidak salah kalau kita tanamkan azam dan cuba untuk realisasikan azam kita itu.

Macam biasa, ramai yang berseronok menyambut kehadiran tahun baru ini dan mengharapkan dapat merialisasikan azam mereka. Pada masa yang sama, tanpa kita sedar, umur kita juga makin meningkat. Dari umur 19 akan ke umur 20, yang umurnya 29 pada tahun lepas, akan menjadi 30. Itu adalah hakikatnya, umur makin meningkat dan bukan makin menurun. Jadi, sama-samalah kita renungkan. Kita mengharapkan tahun ini diri kita akan lebih bagus dari tahun lepas, dan tahun hadapan diri kita akan lebih bagus dari tahun ini.

Semoga Allah swt memelihara kita akan memberi taufik dan hidayah kepada kita dan memberi jalan yang lurus, memberi rezeki yang halal serta dipanjangkan umur. Amin.

Thursday, January 7, 2010

Munajat Kami

Ya Allah, kami tidak menghendaki sesuatu kecuali apa-apa yang Engkau kehendaki untuk kami. Jika Engkau berkenan, perkenankanlah kami memperoleh apa-apa yang paling baik untuk kami menurut Engkau. Berikanlah kami kesabaran jika apa-apa yang Engkau kehendaki untuk kami tidak sesuai dengan yang kami kehendaki. Karena sesungguhnya Engkaulah yang paling mengetahui apa-apa yang paling baik dan indah untuk kami. Amiin.

Ya Allah, maafkan kami yang sering menginginkan apa-apa yang ada di tangan orang lain karena kami tidak mengetahui kebaikan segala sesuatu kecuali Engkau memberikan kami petunjukya Allah, masukanlah ke dalam hati kami keinginan-keinginan yang akan membawa kebaikan bagi kami dan keluarga kami, untuk kami mohonkan kepada-Mu dalam doa-doa kamiya Allah, berikanlah kepada kami dan keluarga kami rezeki yang banyak lagi halal sumber atau proses mendapatkannyaya Allah, jauhkanlah dari mulut kami dan keluarga kami makanan dan minuman yang haram sumber atau proses mendapatkannyaya Allah, jadikanlah kami orang yang kaya sehingga kami terhindar dari meminta-minta dan berharap dari orang-orang yang akan menghina kami atau yang akan menjauhkan kami dari-Muya Allah, tetapkanlah hati kami di jalan kejujuran dalam mencari nafkah dan berikanlah kami dan keluarga kami kesabaran menghadapi semua ujian yang akan Engkau berikanya Allah, temani kami di saat kami sendiri, hiburlah kami di saat kami sedih, santuni kami di saat kami miskinkarena sesungguhnya kami lemah sampai Engkau membuat kami kuat, rapuh kecuali
Engkau menjadikan kami tegar, putus asa kecuali Engkau menganugerahkan kami kesabaran.terimalah doa kami ya Allah